Latar belakang Kolej RISDA

Posted by Profil | 6:30 PM | 0 comments »

KOLEJ RISDA Sdn Bhd merupakan sebuah badan korporat di bawah Akta Syarikat 1965 yang beribu pejabat di KM 7, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Kampus induknya iaitu Kolej RISDA Melaka adalah kampus berdaftar sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta di bawah Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996.




Kolej RISDA Melaka terletak di lokasi yang strategik di Ayer Pa'abas, cuma 45 minit perjalanan dari pusat Bandaraya Melaka. Ianya berdekatan dengan pekan Alor Gajah, A Farmosa Golf Resort Water World dan pantai perkelahan Tg. Bidara. Dikelilingi banjaran bukit-bukit hijau dan suasana keheningan perkampungan tradisional.



Keistimewaan Kolej RISDA Melaka selain daripada mutu pendidikan, ialah mempunyai asrama yang selesa dan dihiasi dengan seni taman yang indah sesuai dengan hasrat kami sebagai Kolej Yang Berkediaman dan Berlaman.



Pelbagai kemudahan boleh didapati di Kolej RISDA Melaka bagi kegunaan pelajar, diantaranya ialah:

Bilik Kuliah Kolej RISDA Melaka menyediakan bilik kuliah yang dilengkapi dengan peralatan kursus dan berhawa dingin.

Pembiayaan Pinjaman mudah akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan. Pinjaman bagi pelajar yang layak akan diuruskan oleh pihak kolej

Makmal Komputer Mempunyai kelengkapan perkakasan dan perisian yang berkaitan dan terkini serta sistem rangkaian dan multimedia untuk kegunaan pelajar membuat latihan dan projek amali

Perpustakaan Menyediakan pelbagai bahan rujukan yang mutakhir bagi keselesaan pelajar membuat kajian, tugasan dan penyelidikan.


Penginapan Kolej RISDA menyediakan asrama yang selesa dan diserikan dengan seni taman yang menarik.

Persekitaran Kampus Suasana persekitaran yang nyaman dikelilingi kehijauan semulajadi menghasilkan situasi yang kondusif bagi menjana kecemerlangan pembelajaran.


Rekreasi / riadah Kemudahan rekreasi/riadah turut disediakan. Pelajar berpeluang melibatkan diri dalam persatuan yang didaftarkan. Perkhidmatan rundingcara boleh diperolehi bagi mengatasi masalah yang dihadapi pelajar.


Perkhidmatan Pengangkutan Pengangkutan pergi dan balik ke pekan yang berhampiran dan destinasi yang menarik. Perkhidmatan bas/van berhawa dingin turut disediakan. Kadar sewaan mengikut jarak perjalanan.

Konvokesyen Istiadat konvokesyen akan diadakan kepada semua graduan setelah tamat mengikuti kursus


0 comments